PERKEMBANGAN TERKINI ISU COVID 19 DI KOLEJ TUNKU KURSHIAH
1. Seorang pelajar Kolej Tunku Kurshiah iaitu kontak rapat kepada satu (1) kes positif saringan bergejala di Pahang telah diasingkan dan disaring pada 25.09.2020.
2. Keputusan “swab test” pertama adalah NEGATIF.
3. Pelajar berkenaan masih dikuarantinkan di Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek.
PENCERAHAN BERKAITAN KENYATAAN RASMI TKC BERTARIKH 25.09.2020
1. Pihak kolej telah membuat satu ketetapan iaitu hanya 1 waris sahaja dibenarkan menyertai program yang dianjurkan.
2. Oleh itu, bapa pelajar berkenaan ke Aeon Nilai bersama- sama DUA ORANG ANAKNYA YANG LAIN sementara menunggu majlis selesai.
3. Anak beliau yang menuntut di Kolej Tunku Kurshiah TIDAK ke Aeon Nilai bersama- sama keluarga.
4. SEMUA PELAJAR TIDAK DIBENARKAN Outing Harian (OH) pada hari tersebut.
5. Pihak kolej memohon kerjasama semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang fakta yang tidak tepat kerana boleh mengundang pelbagai persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.
TERIMA KASIH.