Assalamualaikum WBT
Salam Malaysia MADANI
Datuk/Datin/Tuan/Puan para ibu bapa yang dikasihi dan dirahmati Allah SWT.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada anak tuan/puan kerana terpilih untuk meneruskan pelajaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Kolej Tunku Kurshiah bagi sesi 2025.
Bonda Pengetua serta warga kolej amat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran anak tuan puan.
Untuk makluman, segala pemberitahuan akan disalurkan melalui satu Sesi Libat Urus (SLU) kelak.
Pengurusan kolej akan menghubungi tuan / puan dan akan memberi maklumat lanjut setelah kami mendapat senarai murid sepenuhnya daripada BPSBP, KPM.
Kami turut sentiasa bersedia membantu untuk memudahkan urusan anak tuan/puan, insya-Allah.
Semoga takwim akademik 2025 berjalan lancar dan kami merakamkan ucapan terima kasih serta tahniah buat semua.
#TunkuKurshiahCollege
#TerusKekalCemerlang
#TransformasiKecemerlanganCitra
Hajah Nor Hayati binti Yusoff
Principal
Kolej Tunku Kurshiah