World Class Education With A Local Touch

TKC is a premier all-girl fully-residential school situated in Bandar Enstek, Malaysia. We are pleased that you have taken the time to visit the Tunku Kurshiah College website. Our hope is that you find our website to be user-friendly, and after your visit, you will have a good idea of all we have to offer.

Principal Foreword

Assalamualaikum WBT

Datuk/Datin/Tuan/Puan para ibu bapa yang dikasihi dan dirahmati Allah SWT. Disebalik pelbagai cabaran yang kita hadapi di sepanjang tempoh MCO ini, saya doakan tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga tenang dan tabah melalui hari-hari yang berlalu serta sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Saya amat menghargai sokongan yang diberikan para ibu bapa bagi
memastikan anak-anak mengikuti pembelajaran yang disampaikan secara maya oleh guru-guru di sepanjang tempoh MCO ini. Saya berharap sokongan ini diteruskan sehingga selesai tempoh MCO kerana selepas ini banyak perkara akan berubah sesuai dengan ‘the new normal’. Aktiviti pembelajaran secara maya dijangka akan diteruskan walaupun tempoh MCO tamat. Ini kerana KPM akan memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum para pelajar dibenarkan kembali ke sekolah kerana keselamatan pelajar menjadi pertimbangan paling utama. Kelas-kelas
tingkatan lima mungkin dibuka dahulu sebelum membuka kelas-kelas tingkatan lain. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru Kolej Tunku Kurshiah kerana telah bertungkus lumus menyediakan pelbagai aktiviti dalam pelbagai bentuk dan dalam pelbagai cara penyampaian untuk menyokong pembelajaran para pelajar bagi semua tingkatan di sepanjang tempoh MCO ini. Saya yakin dengan sokongan padu daripada tuan-tuan dan puan-puan, serta kerja kuat guru-guru pembelajaran anak-anak TKC berjalan lancar dan mencapai matlamatnya.

Insya Allah, kita akan sama-sama menyambut Ramadan pada tahun ini dalam suasana yang agak berbeza. Kepada anak-anak pelajar diharap
dapat meneruskan ibadat dan amalan seperti bertadarus dan solat tarawih yang sentiasa menjadi amalan dan budaya di TKC bersama keluarga masingmasing. Cuma kali ini kita tidak dapat bersama-sama mengimarahkan bulan
yang mulia ini di surau An Nur TKC. Disamping beribadah pastikan anak-anak tidak leka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa. Jangan lupa menghadiri kelas maya bersama guru-guru di samping memberikan kerjasama melaksanakan tugasan yang diberi.

We love you and hope you stay healthy and safe.
Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak.
Terima kasih
Wassalam.

TKC , Terus Kekal Cemerlang

Hjh Anismah M. Noh
Principal
Kolej Tunku Kurshiah